BUKIT MERTAJAM: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang (JPV) mengarahkan sebuah ladang ternakan babi di perkampungan Sungai Lembu, di Bukit Mertajam ditutup selepas ia didakwa menyebabkan pencemaran Sungai Kulim dan Sungai Air Merah, Kedah.
Pengerusi Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi Pulau Pinang, Fahmi Zainol ketika dihubungi berkata arahan dibuat selepas pihaknya mendapati ladang berkenaan gagal dalam memperolehi lesen secara sah sebelum ini.
Jelas Fahmi, pihak JPV juga akan mengeluarkan kompaun terhadap pihak ladang berkenaan esok dan Bahagian Kawal Selia Air (BKSA) juga akan turun membuat pemantauan di lokasi yang dilaporkan.
"Jabatan Veterinar Pulau Pinang sudah keluarkan arahan kosongkan ladang dan meminta ia dipindahkan ke ladang sembelihan. Namun sehingga kini, ia tidak berlaku malah penternak juga didapati tidak mahu mengikut arahan yang ditetapkan.
"Jumlah babi di ladang itu terlalu banyak dan ia perlu dilaksanakan secara berperingkat. Bagaimanapun pihak JPV negeri akan terus mengambil tindakan mengikut enakmen sedia ada," katanya ketika diminta mengulas mengenai pelepasan sisa ternakan babi yang dibongkar Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah di sini hari ini.
Sementara itu, Pengarah JAS Pulau Pinang, Norazizi Adinan berkata, pihaknya juga telah turun di lapangan sejak Sabtu dan siasatan diteruskan hingga hari ini.
Setakat ini, lima lokasi telah diambil sampel oleh pihak JAS Pulau Pinang dan sekiranya aduan tersebut berasas, tindakan susulan termasuk tindakan perundangan akan dikenakan terhadap pemilik kandang babi berkenaan.
"Semua pihak yang mempunyai kuasa perundangan akan diminta untuk mengambil tindakan mengikut kuasa masing-masing.
"JAS mempunyai kuasa terhad terhadap ladang ternakan kerana tiada kuasa khusus untuk pencemaran dari ladang ternakan," katanya ketika dihubungi.
Media pada Ahad melaporkan, JAS Kedah mengesan berlakunya kegiatan melepaskan sisa ternakan babi disyaki dari ladang perkampungan Sungai Lembu, Seberang Perai Tengah (SPT), Pulau Pinang yang menyebabkan pencemaran Sungai Kulim dan Sungai Air Merah.
Pengarah JAS Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan pencemaran itu Jumaat lalu, sebelum pegawai penyiasat JAS Cawangan Kulim digerakkan bagi mengesan punca kejadian.
Katanya, pemeriksaan lapangan yang dilakukan pegawai penyiasat meliputi kawasan hulu sungai berjaya mengesan aliran air hitam dari Sungai Air Merah mengalir masuk ke Sungai Kulim.
Pemeriksaan lanjut di sekitar kawasan penternakan babi mendapati terdapat beberapa kolam yang melepaskan efluen ke Sungai Air Merah yang kemudiannya memasuki Sungai Kulim.
Hasil siasatan telah dimaklumkan kepada JAS Pulau Pinang untuk diambil tindakan oleh pihak berkuasa Pulau Pinang seperti Jabatan Veterinar Pulau Pinang dan Badan Kawal Selia Air Pulau Pinang.
Dewi Nur Harasha Alias
Sun Feb 18 2024
Fahmi berkata arahan dibuat selepas pihaknya mendapati ladang berkenaan gagal dalam memperolehi lesen secara sah sebelum ini. - Foto JAS Kedah
Polis Israel guna meriam air leraikan protes antikerajaan
Penunjuk perasaan menggesa Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berundur dan mengadakan pilihan raya baharu.
Rejim Zionis mara ke Jabalia, antara kem pelarian terbesar
Lokasi operasi rejim itu tertumpu di Jabalia, salah satu daripada lapan kem pelarian terbesar di Semenanjung Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN
Berita terkini insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram yang mengorbankan dua anggota polis dan mencederakan seorang yang lain, pada Sabtu.
Filem terbaharu ‘The Experts’ tampil pelakon hebat, genre berlainan buat peminat
Filem dengan idea original ini menampilkan kisah fiksyen tentang rompakan yang melibatkan sebentuk cincin permata.
Dua tahun di Ulu Tiram, pulang ke sini jasad terbujur kaku’ - Bapa
Dia tidak menitiskan air mata sepanjang berada di Johor Bahru bagi menyelesaikan urusan jenazah anak keempat daripada lapan itu.
Malaysia, Uzbekistan akan tingkatkan kerjasama ekonomi - Tengku Zafrul
Malaysia dan Uzbekistan akan memperbaharui komitmen mereka untuk mengukuhkan hubungan ekonomi sempena hubungan diplomatik selama empat dekad.
Bimbang hilang suami antara faktor wanita tidak jalani saringan kanser
Bimbang kehilangan suami dan menjadi beban kepada keluarga antara faktor menyebabkan ramai wanita di Kelantan tidak menjalani saringan awal kanser yang disediakan LPPKN di negeri ini.
SUKMA-21: Sarawak mahu cipta rekod untuk naik imej sebagai kuasa sukan
Sarawak selaku tuan rumah temasya Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 yang berlangsung bermula 17 Ogos ini, mahu mencipta rekod kejohanan untuk menaikkan imejnya sebagai kuasa sukan di negara ini.
Kelantan warta garis panduan baharu sukan Muay Thai - Exco
Kerajaan Kelantan sudah mewartakan garis panduan baharu berhubung sukan Muay Thai di negeri itu untuk diperkasakan dan dibangunkan semula bagi melahirkan atlet bertaraf dunia.
Pertumbuhan ekonomi rantau APEC dijangka cecah 3.4 peratus pada 2024 - Laporan
Pertumbuhan ekonomi di negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka mencecah 3.4 peratus pada 2024 dan perlahan kepada 2.9 peratus pada 2025-2026.
Pencemaran: Ladang ternakan babi di Sungai Lembu diarah tutup - Fahmi Zainol
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang mengarahkan sebuah ladang ternakan babi di perkampungan Sungai Lembu, di Bukit Mertajam ditutup.